Mamat tersentak apabila pagi itu ketika bangun dari tidur lapan budak-budak lain yang sebilik dengannya tidak ada. Kemana mereka?, persoalan itu berlegar dibenaknya. Selalunya mereka tidak akan bergerak ke mana-mana sehingga Ben menyuruh mereka masuk ke dalam van untu dihantar ke arah destinasi yang ditetapkan oleh Ben sendiri untuk mencari mangsa.
Dia menoleh sebelah kirinya. Dolah masih tidur lena. Mamat tarik nafas lega. sekurang-kurangnya Dolah masih ada. Mamat teringat perbualan Ben beberapa hari lepas. Segera dia teringat tentang hal menjual budak-budak tersebut. Mamat garu kepalanya sendiri. Benarkah budak-budak itu sudah dijual?. Siapa yang beli mereka? Mamat mula terasa sesak memikirkan soalan yang berlegar dibenaknya itu.
"Dolah bangun.." Mamat menggerakkan tubuh kurus kering disebelahnya itu.
"Huh...jangan kacaulah.." dia mendengar Dolah mengomel.
"Hoi!, bangunlah, kawan-kawan kita dah tak ada ni.." Mamat masih tidak putus asa mengejut Dolah. Memang Dolah paling liat bangun walaupun tidur awal. Kalau tidak kena siram air, selalu sahaja punggung tidak berdaging itu disepak botak, atau cicak kubin yang biasa menjadi tukang kejut mereka. Nanti barulah dia akan terpisat-pisat bangun dengan muka terpinga-pinga. Kadangkala Mamat terfikir Dolah itu bertulang besi agaknya. Tahan sungguh kena sepak begitu.
Hampir sepuluh minit dia menggunakan pelbagai cara mengejut Dolah. Sudahnya dia juga menyepak punggung Dolah seperti yang kerap dilakukan oleh cicak kubin atau botak. Setelah disepak barulah Dolah bangun terpinga-pinga macam biasa. Mahu tergelak pula Mamat memikirkan kebiasaan bertahun itu akhirnya seperti menjadi satu rutin buat Dolah.
"Apa? apasal kau kejut aku awal-awal ni?" Dolah bertanya sambil menguap-nguap. Jelas dia masih mengantuk. Memang awal, sebab entah kenapa dia terkejut bangun walaupun tidak digerakkan oleh sesiapa.
"Kau tengok keliling, apa yang pelik?" Mamat menyoal Dolah.
Dolah yang masih menguap-nguap itu memerhatikan sekeliling dengan mata kuyu. "Mana ada apa-apa.." Dolah bersuara separuh mamai. Dia hampir mahu merebahkan tubuhnya semula di atas lantai simen tersebut apabila Mamat tunduk mencangkung di hadapannya.
"Kau tengok betul-betul" Mamat menyuruh sambil mencekak muka Dolah supaya dia memerhatikan sekeliling.
Seketika Dolah menurut gerakan tangan Mamat yang sedang mencekak mukanya itu. Kemudian baru dia sedar apa yang sedang dimaksudkan oleh Mamat.
"Eh..mana dia orang semua?" mata Dolah tiba-tiba sahaja terbuka luas.
"Syhh..." Mamat hampir menekup mulut Dolah. Keadaan di luar masih diselimuti kegelapan. Namun Mamat tahu tentunya ia sudah hampir mahu siang. Mamat meneka sebab sayup-sayup dia mendengar suara pelik dari sebuah bangunan yang indah. Dulu dia mendengar Ben menyebut itu masjid. Tempat orang sembahyang. Mamat tidak tahu maksudnya dan tidak pernah terfikir mahu ambil tahu. Apa yang dia tahu apabila mendengar bunyi pelik itu hari sudah hampir mahu siang.
Mamat bangun, dia memutar tombol pintu, jelas tombol tersebut tidak berkunci. Perlahan dia menarik daun pintu dan menguaknya. Dolah mengekor dibelakangnya dengan senyap. Di tingkat bawah Mamat mendengar sesuatu. Dengan langkah perlahan Mamat menapak turun. Tingkat bawah gelap. Hanya lampu luar menyala. Kemudian dia mendengar suara berbual perlahan. Mamat cuba memasang telinga.
"Untung besarlah Bos kita. Kau fikir untuk satu kepala budak-budak ni entah berapa duit masuk" Mamat mendengar walaupun butir-butir perbualan itu perlahan sahaja.
"Dia untunglah, ni kita macam kerbau buat kerja dia" terdengar rungutan tidak puas hati. Mamat cuba meneliti, jelas ia bukan suara Botak atau Cicak kubin.
Mamat cuba mengintai lebih rapat dengan pintu. "Botak itu lagi dua ekor nak ambik juga ke?" terdengar suara menyoal. Jelas Botak dan Cicak kubin ada cuma mereka juga ada kerja sendiri.
"Ben kata budak dua ekor tu dia nak simpan" terdengar jawapan Botak.
"Ben nak buat apa?" soal suara yang Mamat tidak pasti siapa.
"Kau tanyalah dia sendiri!" jelas terdengar suara kurang senang Botak menjawab.
Kemudian suara perbualan itu mati begitu sahaja. Mamat cuba mengintai dari celah pintu. Jelas dia melihat ada empat orang di luar sedang memikul guni masuk ke dalam belakang Van. Mamat cuma kenal Botak dan Cicak kubin sahaja. Dua lagi dia tidak tahu. Mamat meneka dalam guni-guni tersebut tentulah berisi budak-budak yang selama ini menjadi rakannya itu. Serta merta Mamat diselubungi rasa gementar. Hidup lagikah mereka semua?. Mengapa mereka dibungkus dalam guni sedemikian?.
Sebaik sahaja mereka beredar Mamat membuka pintu. Jelas jeriji luarnya sudah kemas bermangga. Patutlah bilik mereka tidur itu tidak berkunci dari luar macam selalu. Mamat cuba ke pintu belakang. Hampa, semua jeriji dan pintu jelas berkunci kemas. Rumah tersebut semakin sunyi dan menyeramkan.
"Kita kena kurung?" Dolah menyoal.
Mamat angguk. Dia terduduk kemudiannya di atas kerusi meja makan di dapur. Tidak pernah mereka ditinggal dan dikurung demikian. Ben juga tidak ada macam selalu. Kemana Ben?, mengapa dia dan Dolah tidak dibawa sekali. Semua itu hanya menyesak dan berpusar dalam kepalanya sendiri. Dolah juga terpinga-pinga.
"Aku lapar..." Dolah bersuara separuh merungut.
Mamat tahu Dolah sentiasa lapar, dia juga. Mereka sebenarnya tidak pernah kenyang. Mamat cuba menyelongkar apa-apa yang boleh dimakan. Mereka hanya menemui setin biskut lemau. Tanpa banyak soal Dolah memamahnya lahap. Mamat juga demikian. Berapa lama mereka akan ditinggalkan. Mamat tidak tahu.
Medan lagu hati, Berlagu dalam sepi, Mencari makna cinta, Mengejarnya sampai ke hujung dunia.

8 Jul 2011
6 Jul 2011
Sambungan..DENDAM.
"Lepas ni kita tak payah bela budak-budak merempat ni lagi" Mamat terdengar perbualan Ben dan dua orang lagi pembantunya.
"Huh, bagus!, aku pun dah bosan tengok muka budak-budak ni" sahut kawannya yang berperut gendut dan berkepala botak. Mamat tahu itu Botak namanya. Nama betulnya Mamat tidak tahu. Tetapi nama gelarnya itu sudah begitu kena dengan penampilan orangnya itu.
"Bos nak buat apa dengan dia orang semua?" soal seorang lagi yang bermuka lonjong dan kurus melengkung. Mamat juga kenal dengan lelaki itu. Ben menggelarnya cicak kubin. Sepadan sungguh.
"Bos besar nak jual semua" Ben menyahut senang hati. Sudah bertahun kena membela budak-budak tersebut dia juga sudah mula bosan melayan muka-muka layu dan tidak bersemangat itu. Sudah masanya dia mengingini kedudukan yang lebih baik selain menjadi menjadi 'babysitter'. Dalam hierarki kumpulan mereka jawatan 'babysitter' adalah jawatan dikira lemah. Ben juga mahu naik pangkat.
Mamat kebingungan sendiri mendengar perbualan Ben tersebut. Diam-diam dia naik semula ke tingkat atas. Tidak jadi dia mahu turun minum air di bawah tadi. 'Jual?' apa maksud Ben. Ini perkhabaran yang sangat membingungkannya.
"Hoi!, kenapa?" Dolah menegurnya. Dia kehairanan melihat Mamat yang naik semula ke tingkat atas dengan wajah bingung itu. Kalau budak-budak lain Dolah tidak peduli sangat. Kalau dikira pun hampir tiap-tiap ketika muka mereka seperti muka orang dalam mimpi selalu. Tetapi Mamat lain. Mamat budak yang ada keterampilan baginya walaupun bau mereka tetap sama-sama penguk.
Mamat merenung wajah Dolah yang menantikan jawapannya itu. Setelah dua tahun sejak Dolah ada mereka memang agak rapat. Terlebih lagi Dolah yang baginya lurus itu kadangkala berani tidak menyempat-nyempat. Bukan sekali kena sepak dengan Ben, hairannya kebal pula badannya menadah sepakan percuma Ben itu. "Ben nak jual kita" Mamat menyahut perlahan. Kemudian dia duduk menyandarkan tubuhnya ke dinding bilik yang ada seribu macam bau itu.
"Jual?" Dolah terkebil-kebil mendengarnya. Sah!, budak lurus bendul macam Dolah itu lagilah tidak faham apa yang dimaksudkan dengan 'jual' oleh Ben.
Mamat menarik nafasnya berat. "Entahlah, nasib kita ni betul-betul macam sampah beb, orang tak suka boleh campak kita suka hati. Boleh juga bunuh kita sukahati" rungut Mamat sendiri.
Dolah yang mendengarnya terkebil-kebil. Dia cuba memahamkan rungutan Ben yang baginya sangat rumit itu. "Er..bukankah orang selalu gelar kita sampah masyarakat?" Dolah tiba-tiba sahaja bersuara.
Mamat merenung Dolah dengan mata terjegil. "Huh!, kau ni tiba-tiba cerdik kenapa?" soal Mamat sedikit terlopong sebenarnya apabila Dolah bersuara demikian.
Dolah tersengih. "Er...aku tak tahu sangatlah sampah masyarakat tu apa. Aku cuma selalu dengar orang maki aku macam tu.." lurus Dolah menerangkan.
Mamat tepuk dahi. Nyaris dia ingat Dolah terkena renjatan elektrik atau apa. Maklumlah bernas pula hujahnya tadi. "Sampah masyarakat erm..entah aku rasa macam sampah sarap lah. Kau rasa kalau sampah orang akan buang atau simpan?" Mamat soal Dolah yang merenungnya sedari tadi.
"Er...aku selalu korek sampah cari makan dulu. Er..tidur dalam tong sampah je aku tak pernah" Dolah menjawab.
Mamat garu kepalanya sendiri. Memang gatal, sebab banyak kutu. Entah sudah berapa lama tidak bersyampoo dia tidak ingat.Jawapan Dolah itu hanya membingungkannya sahaja. Hilang soal kena jual tadi kenapa boleh melalut soal sampah pula. Kenapalah jawapan Dolah sering memeningkannya. Mamat mengeluh sendiri.
"Er jawapan aku salah ke?" soal Dolah kemudiannya setelah melihat Mamat terdiam agak lama. Jelas dia juga mahu tahu samaada jawapannya itu menepati soalan Mamat.
"Hurm...sudahlah, aku tak tahu. Kau tidurlah.." Mamat menjawab sekaligus menghampakan Dolah.
Dolah buat muka satu sen. Tidak puas hati pula dia. Yalah bukankah Mamat yang soal tadi.
"Yalah...betul, puas hati?" Mamat akhirnya terpaksa menjawab walaupun dia sendiri tidak pasti. Kasihan pula melihat muka satu sen si Dolah itu.
Dolah tersengih. Gembira dia apabila Mamat mengiyakan jawapannya itu. Kemudian dia merebahkan badan atas simen berhabuk itu. Sebentar sahaja sudah kedengaran dengkuran nipis Dolah. Mamat kerling sekilas. Bila melihat wajah Dolah yang comot itu dia tersengih sendiri. Diam-diam dia mula sayang Dolah yang dianggap seperti adiknya itu.
Mamat kerling budak-budak lain yang sudah lama terbongkang dibuai mimpi. Siang tadi banyak juga imbuhan minta sedekah mereka. Namun Mamat tetap kecewa, Ben tidak pernah berpuas hati. Layanannya tidak pernah manis buat budak-budak tersebut. Makanan mereka tetap serupa. Pagi sebuku roti dan segelas air kosong. tengahari nasi dan telur mata lembu. Dan malam tetap juga nasi berlauk sambal tumis kosong buta-buta. Hanya bila Bos besar turun macam kelmarin mereka merasa juga makan nasi berlauk sayur dan sedikit lauk ayam goreng.
Mamat teringat penampilan Bos besar yang segak dan gagah itu. Dengan sut serba putih , Mamat melihat lelaki bercermin mata hitam dan berkasut kulit itu sebagai satu idola yang mengagumkan. Namun sayang dia tidak tahu apa isi perbincangan Bos besar dan Ben kelmarin. Setelah makan mereka dikunci di dalam bilik atas ini. Dan dia masih teringat juga bicara Ben tadi. Jual? dan ia benar-benar menghantui Mamat.
3 Jul 2011
DENDAM.
Matanya tajam merenung lelaki bengis yang sedang asyik makan dengan lahap itu. Perlahan dia menelan airliurnya sendiri. Kecur!, itulah yang dirasakannya. Namun dia sepertimana kanak-kanak lain hanya menelan air liur sendiri. Mereka tidak akan pernah dan tidak mungkin sama sekali akan menikmati makanan seenak yang dilahap oleh lelaki berwajah bengis itu. Sudahlah lahap dan gelojoh, sesekali dia akan memaki hamun sendiri apabila pemain bola pujaannya tidak beraksi seperti yang diharapkan olehnya. Rumah banglo tua di pinggir kota itu sudah lama menjadi penjara bagi dia dan hampir sepuluh lagi kanak-kanak lain. Dia tidak ingat sudah berapa lama dia menjadi hamba lelaki berwajah bengis dan pelahap itu. Apa yang dia tahu sudah bertahun dia menjadi budak-budak suruhan lelaki tersebut. Mereka sama ada di paksa menjadi pengemis jalanan atau menjadi budak 'penghantar barang'. Mula-mula dia tidak tahu apa yang terpaksa dihantarnya saban waktu malah secara sulit dan penuh misteri itu. Namun setelah agak lama menjadi 'budak penghantar' tersebut akhirnya dia tahu juga apakah barang yang kerap dihantarnya itu.
"Apa tengok-tengok?" tiba-tiba lelaki berwajah bengis itu mengherdik. Matanya bulat mencerlung menatap wajah kanak-kanak yang comot dan berbau penguk itu.
Budak itu terkebil-kebil sahaja apabila diherdik demikian. "Kau nak ke?" dia menyoal sambil menayangkan sepotong peha ayam golek yang hampir separuh luak dihunggisnya itu.
Budak yang tercegat memerhatikannya itu mengangguk laju. Dia ketawa terbahak-bahak sehingga tersembur isi ayam yang belum begitu lumat dimamahnya itu itu. "Nah! ambilah.." dia mengunjukkan peha ayam tersebut sambil menggoyang-goyangkan peha ayam itu di hadapan biji mata kanak-kanak tersebut. Jelas mata budak tersebut berlarian sama laju menatap goyangan peha ayam tersebut. Sebaik sahaja tangan kecil itu mahu mengambil peha ayam tersebut dengan kasar lelaki itu menendang dada budak lelaki tersebut sehingga terlentang ke lantai simen.
"Berambus!, anak haram jadah'' hamunnya tanpa perasaan. Jelas belas ehsan sudah lama mati dari jiwa manusia berwajah bengis dan pelahap itu. Kemudian dia menyambung semula makan malamnya tanpa sedikitpun menoleh ke arah kanak-kanak yang di tendangnya tadi.
"Bodoh!, kan aku dah cakap kau buat muka satu sen pun dia takkan kesian dengan kaulah" Mamat mengomel setelah Dolah kembali ke bilik kecil yang menempatkan mereka tidur.
Dolah memegang dadanya yang senak. Hampir mahu patah rasanya tulang dadanya akibat penendang percuma tadi. "aku cuba nasib, mana tahu dia kesian" Dolah cuba mempertahankan tindakan bodohnya cuba buat muka kesian tadi. Sumpah, memang dia kecur amat melihat lelaki merangkap ketua mereka itu makan tadi. Sudah lama rasanya dia tidak makan ayam golek. Menyebutnya sahaja sekarang sudah terasa banjir airliurnya mahu tumpah.
"Huh!, Ben mana tahu kesian orang. Lagi-lagi muka kita. Kalau dia tak fikir kita ni masih boleh jadi abdi percuma. Silap-silap dah lama kita masuk kubur takde nisan tahu?" Mamat menyahut. Dia yang paling tua di sini. Dan dia juga sudah terlalu arif dengan segala rentak kumpulan kecil mereka itu. Mamat masih ingat sepanjang beberapa tahu dia mengikut Ben ini sudah tidak terkira lagi rumah yang mereka duduki. sudah tidak terkira juga tempat yang mereka jelajahi.
Dolah merenung wajah budak lelaki berambut kerinting, bertubuh kurus kering dan berkulit hitam itu. "Kenapa kau tak lari bila ada peluang?" soal Dolah tiba-tiba. Ya dia tahu Mamat budak lama, malah dia juga ketua kumpulan mereka. Malah Ben mempercayai Mamat untuk memegang 'barang' kalau ada urusan jual beli.
Mamat merenung wajah Dolah. Budak baru yang Ben kutip di lorong belakang itu kelihatan sedikit berbeza berbanding budak-budak lain. Dolah dilihatnya agak berani malah kelihatan lebih menentang berbanding yang lain-lain. Namun Mamat tahu juga, budak-budak lain yang Ben kutip itu itu pun sudah macam kain buruk. Mereka akan buat apa sahaja seperti kerbau dicucuk hidung. Maklumlah walaupun umur mereka muda belia, sayang mereka semua sudah menjadi tahi 'gam'. Untuk upah setin gam juga mereka sanggup menyembah kaki orang meraih simpati.
Mamat jungkit bahu. Dia juga tidak tahu apa sebabnya. Dia bukan penagih 'gam' macam budak-budak lain. Malah sesekali dia akan terlepas juga dari perhatian Ben. Dia boleh lari kalau dia mahu. Namun dia juga tidak tahu mengapa dia perlu bertahan. Di layan seperti anjing kurap oleh Ben juga dia tidak kisah. Namun dia tahu satu perkara, dia mulai suka dengan kehidupannya itu. Dia sedang belajar apa yang dilakukan oleh Ben. Ya, dalam kepalanya sudah mula bercambah keinginan mahu menguasai Ben. Dia terpesona setiap kali melihat lambakan ringgit setiap kali urusniaga Ben berjalan lancar. Dia mahu menjadi jauh lebih hebat dari Ben. dan dia tahu dia akan melakukannya suatu masa kelak. Mamat menyungging senyuman.
Dolah hanya terkebil-kebil melihat Mamat yang sedang tersenyum lebar itu. 'Gila!' getusnya sendiri.
"Dolah baik kau tidur, besok kalau kau lambat bangun macam selalu, aku tak tahu kalau kali ni Ben pijak kau!" amaran perlahan namun berupa arahan tegas menyelinap masuk ke telinga Dolah.
Dolah buat tidak faham. Namun memikirkan rasa sakit akibat tendangan percuma dari Ben tadi membuatkan Dolah memaksa matanya untuk tidur. Untuk masa terdekat ini dia tidak sanggup kalau kena pijak dengan Ben. Seksa benar badan menanggung.
Di luar kedengaran bunyi sorakan kuat bergema. Jelas bunyi pekikan 'gol' bergema dalam rumah banglo buruk tersebut. Mamat geleng kepala sahaja. Dia juga perlu tidur. Esok akan bermula rutin mereka macam biasa. Kata Ben tadi bos besar mahu datang. Ben tahu maksud 'bos besar' itu. Cuma dia tidak tahu apa urusan yang akan mereka lakukan. Ben tidak mahu tahu. Dia hanya mahu melalui hari-harinya macam biasa namun tetap berada pada rancangannya. Ada dendam yang perlu dilunaskan nanti....
BERSAMBUNG...
Ngee...aku tak tahulah nak buat novel atau nak buat cerjang, atau nak buat cerpen. Kepada teman-teman please...komen. Adakah ia sesuai ditamatkan dengan ringkas atau dipanjangkan...h

1 Jul 2011
Pelangi Membeku.
'Pelangi Membeku', istilah ini kuambil dari tajuk sebuah novel karya seorang motivator terkenal tanahair iaitu 'H.M Tuah Iskandar. Andainya pelangi itu dapat dibekukan, pastinya ia menjadi sebuah monumen yang sangat cantik dan indah. Pelangi adalah biasan banyak warna, namun yang kelihatan dek mata kasar kita hanya tujuh warna. Bayangkan betapa sempurnanya ciptaan Allah. Jika kita melihat pelangi dengan warnanya yang cantik itu spontan kita akan memuji 'cantiknya..' indahnya...'. Subhanallah memang itulah pujian yang akan terkeluar. Pelangi itu datang sekadar bayang-bayang. Tak mungkin kita akan dapat memilikinya sampai bila-bila. Pelangi juga datang sekadar biasan, mana mungkin kita akan dapat memegangnya. Namun kerana indahnya lantunan bahasa, maka pelangi itu bagai mungkin diraih, dipegang dan disentuh. Selalu saya mendengar kata-kata ini, 'Allah beri kita ribut, petir, hujan, malah sampai bah, namun dihujungnya Allah akan hadiahkan kita pelangi'. Begitulah yang kita lalui dalam hidup ini. Ujian, dugaan, kesusahan, airmata, kesengsaraan, jika kita redha dan sabar mengarunginya, pasti akan ada manis dihujungnya. Meski sifat pelangi itu sementara namun di saat-saat duka barangkali ia cukup menceriakan.
Namun jangan pula asyik mengejar pelangi di kaki langit, hujungnya nanti tetap berbuahkan duka dan hampa. Sebaiknya jangan disandarkan apa-apa kepada hiasan dunia. Pelangi, harta, rupa, kemegahan, pangkat, kesihatan semuanya tetap pinjaman. Malah kehidupan kita juga sekadar pinjaman. Dan sesuatu yang bernama pinjaman ini pasti akan diambil semula sampai detik dan saatnya. Terlebih baik sandarkan sahaja keyakinan hati dan kebergantungan diri hanya kepadanya yang MAHA PENCIPTA.
Pelangi akan terus memukau mata. Pelangi juga akan terus menjadi idaman sang manusia. Hanya jangan terlalu memuja keindahannya. Kerana suatu masa ia akan malap jua. Kerana PELANGI juga milikNYA.
Langgan:
Catatan (Atom)